fbpx

Liverpool pesta gol belasah West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kanan) berjaya mencipta nama sebagai salah seorang penjaring dalam kemenangan 5-0 ke atas West Ham pada aksi suku akhir EFL di Anfield awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool sudah boleh membayangkan kejayaan menjulang trofi Piala Liga Inggeris (EFL) selepas membelasah West Ham United 5-1 pada aksi suku akhir di Anfield awal pagi tadi.

Ia merupakan persembahan yang sangat dominan daripada anak-anak buah Jurgen Klopp, sekali gus mengubati kekecewaan gagal meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir mereka sebelum ini.

The Reds tewas mengejut 1-2 kepada kelab Belgium, Union Saint-Gilloise dalam saingan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa sebelum seri tanpa jaringan dengan pasukan bermasalah, Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Tidak dinafikan kejayaan membelasah West Ham awal pagi tadi meletakkan Liverpool sebagai pilihan utama untuk menjuarai EFL musim ini selepas diundi bertemu Fulham di pentas separuh akhir pada 9 dan 23 Januari ini.

Dalam aksi awal pagi tadi, Liverpool ternyata dalam kelas tersendiri apabila memegang 67 peratus penguasaan padang dengan 29 percubaan keseluruhan termasuk 11 percubaan tepat, berbanding West Ham yang hanya memiliki dua percubaan keseluruhan.

Hasilnya, bekas juara Eropah itu berjaya merakam lima gol menerusi dua jaringan Curtis Jones pada minit ke-56 dan 84 selain satu daripada Dominik Szoboszlai (m-28), Cody Gakpo (m-71) dan Mohamed Salah (m-82).

Ia sekali gus memberikan rangsangan terbaik kepada barisan pemain Liverpool untuk menjinakkan calon juara EPL musim ini, Arsenal menjelang aksi liga seterusnya di Anfield awal pagi Ahad ini.

Kemenangan akan membolehkan Liverpool kembali merampas takhta pendahulu liga daripada Arsenal ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI