fbpx

Lelaki pecah masuk surau pulang tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat suspek yang cuba memecah pintu sebuah bilik dalam Surau Al-Islah, Taman Seri Tanjung di Sungai Petani dirakam CCTV surau berkenaan.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang memecah masuk Surau Al-Islah di Taman Seri Tanjung, di sini malam tadi pulang dengan tangan kosong apabila sejumlah wang daripada tabung sudah dikutip bendahari surau sebelum kejadian.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu disedari orang awam yang melihat gerak-geri suspek yang mencurigakan sebelum melaporkannya kepada ahli jawatan kuasa surau, Azizan Ibrahim, 74.

Menurut Azizan, dia kemudian bertindak mengajak beberapa jemaah ke surau tersebut yang terletak berdekatan rumah dan mendapati terdapat kesan pecah pada pintu utama surau.

“Walau bagaimanapun kami tidak menemui suspek sebelum meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati kejadian pecah masuk itu benar-benar berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada barang berharga yang dikesan hilang kerana dua bilik yang menempatkan peralatan pembesar suara tidak dipecah masuk.

“Pencuri itu turut gagal memperoleh wang kerana kesemua wang tabung derma harian terlebih dahulu dikutip oleh bendahari sebaik selesai solat isyak setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan untuk mengesan suspek di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI