fbpx

Lelaki ‘ganggu’ vlogger cantik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unchale (kiri) ditahan pada Selasa lalu. - YouTube

NEW DELHI – Seorang lelaki di India ditahan selepas sebuah klip video tular memaparkan dia melakukan gangguan seksual ke atas seorang pesohor media sosial dari Korea Selatan.

Laman berita Wion News melaporkan, suspek dikenali sebagai Bharat Unchale dilaporkan berasal dari Bidar, barat daya negeri Karnataka.

Kejadian berlaku semasa perayaan Deepawali di bandar Pune November lalu. Unchale bagaimanapun ditahan pada Selasa lalu selepas video itu mencetuskan kemarahan netizen. 

Dia dilihat meletakkan tangannya pada leher pesohor wanita bernama Kelly dan dilihat melakukan gerak isyarat tidak senonoh.

Ketika kejadian, Kelly dilihat bercakap dengan beberapa pekedai dan pelanggan sebuah kedai sambil menghirup air kelapa.

“Saya perlu lari dari sini. Mereka sangat suka memeluk,” kata Kelly ketika dia cuba meninggalkan kawasan itu.

Selepas video itu tular, cawangan jenayah Polis Pimpri Chinchwad mengesan suspek di kawasan Ravet dan menahannya. Polis menambah bahawa perkara itu sedang disiasat lebih lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI