fbpx

Ubah suai Bezza buat jenayah pecah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mancha menunjukkan Perodua Bezza yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.

KUCHING – Polis menumpaskan penjenayah kumpulan Bezza Eein yang aktif melakukan kegiatan pecah kedai di beberapa daerah di negeri ini.

Ahli kumpulan itu yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 36 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak di sebuah rumah di Matang pada pukul 3.15 petang, 14 Disember lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan kedai yang menjual peralatan perkakasan dan telekomunikasi di Kuching, Kota Samarahan, Padawan, Bau dan Sri Aman pada waktu awal pagi.

“Kumpulan ini menggunakan pemotong untuk memotong mangga pintu hadapan kedai atau menarik ‘roller shutter’ dengan tali kabel yang dipasang pada bahagian hadapan atau belakang kereta Perodua Bezza yang diubah suai.

“Kenderaan itu juga menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kumpulan ini juga kerap menukar cat kereta Perodua Bezza dengan pelbagai warna bagi mengelak dikesan polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI