fbpx

Kaki pucat di sebalik langsir hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang kaki seperti sedang berdiri dan tidak bergerak dilihat berada di sebalik tirai sebuah katil pesakit. – TikTok

JAKARTA –  Seorang wanita di Indonesia berkongsi  kisah seram yang dialami di sebuah hospital apabila dia melihat sepasang kaki pucat sedang berdiri di sebalik tirai katil yang bertutup, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Berdasarkan video yang tular di platform TikTok, wanita tersebut berkata, kejadian berlaku pada  pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Dalam video tersebut, sepasang kaki seperti sedang berdiri dan tidak bergerak dilihat  di sebalik tirai sebuah katil pesakit, bersebelahan dengan katil wanita berkenaan.

Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian dan butiran lanjut mengenai keadaan wanita tersebut selepas dia menyaksikan situasi itu.

Video tersebut menjadi perhatian pengguna media sosial.

“Bagaimana kalau ‘dia’ tiba-tiba buka langsir? Kalau saya, sudah gila jadinya,” kata seorang pengguna.

“Kakinya bukan seperti kaki orang,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI