fbpx

Goyang kaki kutip hasil jual kisah sedih di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkilan apabila ada golongan tertentu gemar meminta-minta di media sosial hanya bermodalkan kisah sedih.

Menurut sebuah perkongsian di laman Facebook Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad, individu berkenaan juga mempersoalkan tentang betapa pemurahnya rakyat Malaysia.

“Tadi di hantaran Facebook kawasan tempat tinggal saya ada seorang wanita kongsi minta bantuan barang dapur dengan alasan dia sangat susah, suami bekerja sendiri dan dia sedang hamil. Maka, ramai lah yang komen nak bantu.

“Saya pula sejenis skeptikal, saya tengok profile, tak ada gambar. Langsung tak ada gambar dia. Hantaran pun sendu, macam baru buat.

“Kemudian, saya fikir tiada saudara mara atau rakan terdekat untuk minta bantuan sampai perlu ke Facebook? Jadi, saya komen la, “scammer”. Malangnya, saya kena hentam,” luahnya.

Dalam masa sama, dia turut berkongsi kisah tentang ibu saudaranya yang bekerja keras mencari rezeki walaupun mempunyai suami yang buta.

“Mudahnya meminta-minta di Facebook bermodalkan kisah sedih dan betapa pemurahnya rakyat Malaysia. Bayangkan 100 orang komen, mudahnya tanpa perlu berusaha keras.

“Orang yg betul-betul susah malu nak minta tolong. Makcik saya suaminya buta, tapi dia bekerja keras cari rezeki tanpa perlu kongsi di Facebook,” katanya.

Orang ramai rata-rata turut bersetuju dengan perkongsiannya itu.

“Lebih pelik bila kita mudah bantu tanpa tahu hal sebenar,” komen Suhaila Md Salim.

“Saya pun biasa akan siasat sebab sepupu pernah terkena, beria hantar bantuan ke rumah pukul 12 tengah hari. Masa sampai rupanya laki bini tengah sedap tidur, badan sihat. Menyesal,” kongsi seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI