fbpx

EPL: Aguero pesan waspada ancaman United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED melalui bulan yang sukar apabila hanya mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan setakat ini. - AFP

LONDON – Bekas penggempur Manchester City, Sergio Aguero mencetuskan kejutan apabila menamakan Manchester United sebagai calon yang mampu merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada bekas pasukannya itu.

United ketika ini sedang bergelut dengan masalah prestasi apabila sekadar berada di kedudukan EPL sehinggakan terdapat spekulasi mengenai pemecatan pengurusnya, Erik Ten Hag.

Bagaimanapun, Aguero yang menghabiskan tempoh sedekad kariernya di Etihad mengakui bahawa The Red Devils masih memiliki kesempatan untuk melakukan kejutan bersaing untuk menjadi pencabar kejuaraan.

“Anda masih belum boleh tidur lena dan menganggap peluang United tertutup ketika saingan liga baru memasuki separuh musim. Saya berpendapat bahawa mereka masih lagi ancaman utama kepada City dalam perebutan kejuaraan EPL,” katanya.

November lalu menyaksikan United berjaya tampil dengan baik sehingga membolehkan Ten Hag menerima anugerah Pengurus Terbaik Bulanan sebelum mereka berdepan krisis pada bulan ini apabila menjadi hanya satu kemenangan daripada empat perlawanan.

Bagaimanapun, Aguero turut mengakui bahawa Arsenal juga adalah pasukan yang perlu diberikan perhatian oleh City selepas apa yang mereka lakukan musim lalu sehingga hampir menamatkan penantian selama 19 tahun memenangi trofi EPL.

“Saya juga terfikir mengenai peluang Tottenham Hotspur yang semakin meningkat naik di bawah kendalian Ange Postecoglou serta Newcastle United juga tidak boleh dinafikan peluang mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI