fbpx

EFL: Pochettino lega Chelsea mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menempah slot separuh akhir aksi EFL selepas berjaya menundukkan Newcastle pada aksi suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti. - AFP

LONDON – Persaingan secara sihat dan keharmonian pemain menjadi kunci utama kepada kejayaan Chelsea yang memastikan slot separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) selepas menundukkan Newcastle United 4-2 pada penentuan penalti awal pagi semalam.

Pengurusnya, Mauricio Pochettino akui lega dengan reaksi dipamerkan anak buahnya selepas membiarkan Newcastle United terlebih dulu berada di depan sebelum Chelsea meraih gol penyamaan pada hujung permainan.

“Kami tidak sepatutnya bolos dan jaringan itu pastinya akan beri kesan kepada mana-mana pasukan sekalipun. Namun, kami bertindak balas dengan cukup baik, menguasai permainan dan terus memberikan asakan di babak kedua.

“Perkara paling penting dalam bola sepak adalah kekal yakin hingga minit terakhir dan itulah yang kami lakukan. Kami tahu apabila penalti, ia tidak ubah seperti loteri, tetapi objektif kami adalah untuk mara ke separuh akhir.

“Keharmonian dalam pasukan kami cukup baik dan kami boleh lihat pemain yang tidak beraksi atau pun cedera turut meraikan kejayaan ini di tengah padang. Sudah pasti kami akan membina skuad yang lebih baik dan mampu bersaing,” katanya.

Peluang seakan berpihak kepada The Magpies yang membuka jaringan menerusi Callum Wilson, namun kesilapan Kieran Trippier di hujung permainan memastikan Mykhailo Mudryk meledak gol penyamaan untuk mengheret akhir ke penentuan penalti.

Pada perlawanan kali ini, Pochettino ‘menghadiahkan’ debut buat Christopher Nkunku yang beraksi selama 20 minit, namun enggan terlalu mengharapkan magis kepada bintang 26 tahun itu.

“Kita bercakap tentang pemain muda yang tiba ke pasukan dan terus dihimpit kecederaan. Dia masih memerlukan minit permainan untuk menyerlah dan mengembalikan semula aksi terbaiknya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI