fbpx

Edar kanabis: Bekas pekerja hotel meringkuk dalam jel 30 tahun, 12 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang bekas pekerja hotel dihukum penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah tiga tahun lalu.

Hakim Datin Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ilham Utama Sawai Suardi, 29, selepas menimbang mitigasi yang dikemukakan pihak pembelaan dan hujahan pemberatan yang dikemukakan pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun bermula dari tarikh dia ditangkap.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952, lelaki itu dihukum penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim bagaimanapun memerintahkan supaya hukuman penjara dan sebatan berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 12 April 2020, pukul 3.30 petang di kawasan tempat letak kereta Klana Resort, tertuduh didapati memiliki kanabis seberat 10.58 gram (g).

Tertuduh juga didapati mengedar masing-masing 373.8g dan 560.34g kanabis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI