fbpx

Dunia tanpa sambungan telefon, kiamat sejengkal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEAVE the World Behind mencipta fenomena tersendiri dalam laman penstriman Netflix.

DIBINTANGI ramai pelakon ‘papan atas’ termasuk Julia Roberts, Mahershala Ali dan Ethan Hawke, Leave the World Behind garapan pengarah hebat, Sam Esmail merupakan antara filem wajib tonton yang kini mencetus fenomena tersendiri menerusi Netflix.

Sebenarnya, ramai yang kurang berpuas hati tentang bagaimana karya tersebut ditamatkan, namun bagi penulis secara peribadi, klimaks filem itu sangat well-executed.

Bagaimana filem tersebut diselak ke bahagian akhir, semua itu perlu disaksikan sendiri dengan dua biji mata, minda yang cerdas dan jiwa yang berlapang dada menghabiskan masa sekitar 140 minit.

Diadaptasi daripada novel dengan judul sama tulisan Rumaan Alam, Leave the World Behind merupakan sebuah karya yang membuatkan audiens berfikir panjang dan mencari relevansi dalam setiap perkara yang berlaku dalam dunia penuh kebobrokan sekarang.

Hancur, tanpa telefon

Kebobrokan disebabkan golongan atau bangsa manusia itu sendiri. Disebabkan perpecahan idealogi, haloba sumber asli dan persoalan negara mana paling berkuasa dalam dunia, maka tamatlah riwayat Bumi.

Bumi yang tanpa hubungan komunikasi. Bumi yang penduduknya hilang kepercayaan antara satu sama lain disebabkan saling mengkhianati dan perihal-perihal berkonotasi negatif yang menjurus ke arah kepupusan.

Itulah sedikit sebanyak kesimpulan usai menghabiskan masa menonton Leave the World Behind yang kini merupakan filem nombor satu dalam laman Netflix.

 

Dari segi terjemahan karakter, ke semua yang terlibat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin terutama sekali Julia Roberts sebagai Amanda Sandford dan Mahershala Ali sebagai George atau G.H. Scott.

LEAVE the World Behind lakonan hebat Mahershela Ali, Julia Roberts dan Ethan Hawke kini merupakan filem nombor satu di Netflix.

Lakonan hebat

Banyak babak melibatkan dua pelakon itu yang membuatkan penulis mengangguk penuh setuju mengapa mereka menjadi kegemaran atau darling pihak Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Antara yang berbekas sehingga sekarang dalam benak fikiran adalah ketika mereka berdialog saat Amanda secara tiba-tiba dikunjungi George pada waktu malam.

Kalau kalian ‘pusing’ untuk memahami apa yang dinyatakan pada perenggan di atas, itu sebabnya perlukan perhatian sendiri menonton Leave the World Behind sama ada di telefon pintar, komputer mahupun televisyen masing-masing.

Dalam pada itu, sinergi lakonan dengan pelakon lain juga sangat-sangat meninggalkan impak. Ada adegan watak anak lelaki Amanda iaitu Archie Sandford (lakonan Charlie Evans) giginya tertanggal secara tiba-tiba, itu sangat creepy (mengerikan) kerana tidak semena-mena berlaku.

Penulis juga sangat terpesona dengan kesan khas (VFX), permainan kamera dan sinematografi yang dipaparkan, memang top-notch.

Mencetuskan 1,000 persoalan dalam benak fikiran penonton, Leave the World Behind menerima ulasan pelbagai ramai pengkritik filem.

Segala klip yang dipamerkan sangat cantik dan membuatkan penulis tertanya-tanya, bagaimana mereka semua berjaya melaksanakannya.

Secara keseluruhan, Leave the World Behind adalah sebuah karya yang membuatkan manusia berfikir.

Masalah dengan ending atau klimaks filem, barangkali kalian tidak dapat mesej tersirat yang cuba diketengahkan pengarah atau penulis cerita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI