fbpx

Dekat atau jauh, selamanya di hati – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan ibu Zayn Rayyan di Facebook miliknya.

PETALING JAYA – “Dekat ataupun berjauhan, awak selamanya di hati saya.” Itu coretan Ismanira Abdul Manaf, 28, yang berterusan meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di media sosial.

Menerusi Facebook miliknya itu, Ismanira turut berkongsikan gambar bahagia mereka sekeluarga di dalam sebuah kereta.

Hantaran tersebut turut mengundang rasa rindu dalam kalangan orang ramai terhadap Zayn Rayyan, walaupun tidak mengenali secara peribadi kanak-kanak autistik itu.

“Izinkan saya guna gambar wildan syurga puan. Saya sangat terkesan,” kata Mohamad Raiq.

“Kuat ya. Kami tak ada ikatan pun tak boleh lagi lupakan wajah Zayn. Hari-hari nak kena tengok wajah menenangkan hati kami,” ujar Fieqa Iqa.

“Tak pernah tak mengalir air mata bila terpandang atau teringat kat arwah. Betul-betul penyejuk mata. Semoga ibu Zayn n keluaga tabah,” komen Lini Mohamad.

Kosmo! semalam melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilihat turun ke lokasi Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Beliau difahamkan tiba di blok R kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bagi menjalankan tinjauan di sekitar kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berdekatan.

Hari ke-14, polis masih meneruskan pencarian bahan bukti serta maklumat lain bagi menjejaki pembunuh kejam kanak-kanak terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI