fbpx

Cari jodoh untuk anak, akhirnya ibu yang jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walton dan McAndrew sudah bercinta selama enam tahun. - Claire Walton

STOCKTON, CALIFORNIA – Seorang wanita berusia 55 tahun tidak menyangka perancangan yang diatur untuk menjodohkan anak perempuannya dengan seorang jejaka 36 tahun akhirnya ‘menjerat’ dirinya sendiri apabila dia jatuh cinta kepada lelaki tersebut, lapor akhbar Daily Express kelmarin.

Claire Walton berkata, dia pada awalnya berhasrat mencari lelaki yang sesuai untuk anaknya, Emily kerana sudah bosan melihat gadis itu kecewa dalam percintaan.

“Saya menemui seseorang yang sesuai menerusi laman percintaan online dan menghubunginya. Saya juga memberitahu bahawa saya menghubunginya untuk diperkenalkan kepada anak saya,” kata Claire.

Namun, selepas memperkenalkan Jason McAndrew kepada Emily, ternyata anaknya tidak berminat untuk berkawan dengan jejaka tersebut.

Ia lantas membuatkan Claire menyedari dan mengakui bahawa dia sebenarnya menyukai Jason.

“Sebahagian daripada diri ini memberitahu bahawa saya amat menyukainya. Saya sering melihat gambar-gambarnya, justeru suatu hari, saya mengajak dia keluar minum kopi,” ujarnya.

Pertemuan tersebut berlangsung selama empat jam ketika kedua-dua mereka terus berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

Sehingga di akhir pertemuan, Claire mengaku dia menyukai McAndrew dan sejak itu, mereka telah menjalin hubungan selama enam tahun sehingga kini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI