fbpx

Buruh didakwa cabul anak angkat berusia 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi tertuduh (kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak angkatnya yang berusia 15 tahun di Bachok dekat sini, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 49 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul seorang kanak-kanak warganegara Thailand berusia 15 tahun 4 bulan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah dekat Bachok di sini kira-kira pukul 7.30 pagi pada 10 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd. Bakri manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Zubairi Salleh.

Terdahulu, Nur Akmal tidak menawarkan tertuduh diikat jamin atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya kerana bimbang akan menggangu saksi dan mangsa.

Mohd. Zubairi dalam rayuannya memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dan bersetuju dengan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan.

“Tertuduh menanggung seorang isteri, dua orang anak dan kedua ibu bapanya. Selain itu, bapa tertuduh juga menghidap penyakit asma yang kronik.

“Ini merupakan kesalahan pertamanya dan anak guam saya sudah memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan kes dijalankan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan selain tidak mengganggu saksi dan mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI