fbpx

Sebutan kes bunuh, bakar kekasih hamil pada 1 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fakrul ketika dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Majistret Sungai Besar, hari ini. -FOTO/VIDEO: ISKANDAR SHAH MOHAMED

SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan izin pendakwaan memindahkan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, Mei lalu ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri yang memohon pemindahan berkenaan terhadap kes dihadapi tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20.

Terdahulu, Muhammad Afiq berkata, pihaknya sudah menerima semua laporan dan dokumen mengenai kes tersebut.

“Semua dokumen berkenaan sudah tersedia bagi sebutan kes hari ini. Namun, saya memohon izin tempoh dua bulan bagi menelitinya terlebih dulu sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Sementara itu, peguam Muhammad Nor Tamrin tiada membuat bantahan mengenai perkara tersebut. Dokumen oleh pihak pendakwaan itu melibatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Terdahulu, Muhammad Fakrul yang berbaju T putih tiba dengan trak polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI