fbpx

K2

Bolehkah berniaga guna sistem sokongan vendor?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADA segelintir penjual meletakkan syarat tertentu sebelum dibenarkan membeli barang diperlukan.- GAMBAR HIASAN

Ada beberapa pendapat daripada sebilangan ustaz mengatakan salah menjual barang kita tetapi kena beli barang lain dulu. Untuk pengetahuan pihak tuan, ada kedai telah membuat membuat banner atau signboard memberitahu bahawa kedai memang menjalankan system support vendor sebelum beratur menaiki kedai untuk membeli barang. Adakah ini dikira paksaan sebelum membeli barang? Contoh, hendak beli gula tapi kena beli barang lain dahulu. Jika okey dan suka masuklah ke kedai, jika tak minat boleh pergi beli kedai lain.

JAWAPAN: Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab membawa maksud mengikat, sama ada ikatan hakiki (sebenar) seperti mengikat dua hujung tali atau ikatan maknawi (simbolik) seperti ikatan ijab dan kabul dalam akad jual-beli.

Akad pada istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan kabul yang dibuat mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan.

Ucapan itu ialah pertalian ijab dan kabul daripada dua orang yang mempunyai keahlian yang diiktiraf syarak, sehingga berlaku proses pindah milik kepada pembeli dan hak bayaran kepada penjual [Lihat; al-fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jld.4 hlm 80-81]

Perkataan al-bai’ (jual beli) pada aspek bahasa bermaksud menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, ia pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan (dikendalikan) dengan ijab dan kabul menurut cara diizinkan syarak. [Lihat; kifayah al-akhyar, hlm. 232]

Hukum asal muamalat ataupun jual beli adalah harus kecuali jika ada dalil yang melarang.

Allah SWT berfirman: Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba [Surah al-Baqarah: 275]

Walaupun urusan jual beli dalam Islam adalah harus, namun ia mestilah berdasarkan kerelaan kedua-dua belah pihak, pembeli dan penjual.

Penjualan secara paksa adalah tidak sah dan tidak diharuskan syarak, Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara yang batil kecuali berlakunya jual beli yang kamu redhai antara kamu”. [Surah an-Nisa’:29]

Peletakan syarat sebelum akad oleh kedua-dua belah pihak atau daripada sebelah pihak dan dipersetujui oleh yang satu lagi dan syarat tersebut tidaklah terkandung perkara yang diharamkan, traksasi begini adalah dibenarkan dan sah.

Seumpama dikenakan syarat tambahan harga ke atas pembeli sekiranya dibeli secara bertangguh dan dipersetujui oleh pembeli, kemudian dilakukan akad dengan harga yang telah dipersetujui itu, [Lihat; al-a’qd fi al-Fiqh al-Islami, jld. 1, hlm. 59; Mausua’h Fatawa al-Muamalat al-Maliah, jld.7, hlm.586]

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda;“Tidak dihalalkan meminjam dan menjual, dua syarat dalam satu transaksi jual beli, keuntungan yang belum dapat dijamin, dan menjual sesuatu yang tidak engkau miliki.” [Sunan Abu Daud No 3504]

Kesimpulan, jual beli menggunakan sistem sokongan vendor seperti yang diterangkan di atas adalah sah dan harus hukumnya. Ini kerana syarat yang telah ditetapkan penjual telah tertulis di banner atau signboard dan pembeli telah memahaminya serta bersetuju sebelum akad jual beli dilakukan.

Namun, dinasihatkan kepada pemilik kedai supaya meletakkan syarat yang agak munasabah dan tidak membebankan para pembeli supaya pihak pembeli merasa berbaloi berbelanja di situ.
Walaupun penentuan syarat yang ditetapkan itu telah termaktub di luar akad jual beli dan tidak menghalang kepada kesahan jual beli itu, namun hukum perbuatan itu adalah makruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI