fbpx

Banjir: Mangsa di Pasir Mas turun kepada 2,824 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang menaiki bot untuk keluar membeli kelengkapan rumah mereka di pekan Rantau Panjang. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Situasi banjir di Pasir Mas dekat sini semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 2,824 orang berbanding 3,077 pada pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 4 petang ini, jumlah itu menunjukkan pengurangan sebanyak 253 mangsa yang berlindung di 10 buah pusat PPS di daerah tersebut.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 871 buah keluarga.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 863 orang diikuti, SK Gual Periok (501), SK Sri Kiambang (421), SMK Baroh Pial (354), Masjid Mukim Padang Licin (258) dan Madrasah Tasek Bakong (194).

“Selain itu, SK Kedai Tanjong menjadi tempat berlinding kepada 78 mangsa, Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (61), SMK Gual Periok (58) dan SK Gual Tinggi (36),” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang melepas paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI