fbpx

Azeem cabar diri layak merit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (kanan) berpeluang menamatkan penantian selama 23 tahun sejak Watson melayakkan diri secara merit ke Olimpik Sydney pada 2000. - AFP

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tetap mencabar dirinya untuk menjadi pelari pertama Malaysia ke Sukan Olimpik secara merit di Paris, Perancis tahun depan selepas Watson Nyambek melakukannya di Sydney, Australia pada 2000.

Biarpun mempunyai ‘cara’ lain untuk layak ke temasya empat tahun sekali itu seperti berada dalam kelompok 40 Road to Paris, namun atlet berusia 19 tahun itu berazam memburu slot merit dengan catatan masa bawah 10 saat (s).

Berdasarkan kelayakan World Athletics baru-baru ini, Azeem ketika ini berada di kedudukan ke-33 dalam Road to Paris bagi acara 100 meter (m).

“Dalam tempoh enam bulan ini, saya yakin dengan diri saya dan boleh melakukan lebih baik dan harap layak ke Olimpik. Ada dua cara untuk ke Paris 2024 iaitu layak merit dan satu lagi menerusi ranking dunia (Road To Paris).

“Sekarang ini saya perlu kekal berada dalam kelompok 48 terbaik. Dalam ranking Road To Paris, saya dalam top 48, jadi sekarang saya perlu lakukan yang terbaik di setiap kejohanan kerana ia akan memberi mata dalam ranking saya.

“Namun, sasaran utama saya adalah melayakkan diri secara catatan masa (merit),” kata Azeem ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s itu menegaskan, dia hanya perlu memperkemaskan teknik lariannya dalam tempoh enam bulan ini selain memperkuatkan mentaliti bagi menyertai kejohanan yang menawarkan mata tahun depan.

“Saya ada tempoh enam bulan untuk memburu catatan 10s dan tidak kisah tentang masa kerana saya dalam keadaan baik ketika ini. Saya hanya perlu meletakkan kepercayaan pada diri sendiri dan kekal sihat.

“Dalam tempoh ini saya yakin dengan diri saya, sekali gus layak ke Olimpik. Keadaan saya benar-benar sihat 100 peratus, cuma untuk persiapan tersebut kita ada fasa terutama teknik larian seperti di blok pelepasan dan sebagainya.

“Selepas berakhir Sukan Asia Hangzhou saya telah menjalani latihan dua bulan lalu secara penuh dan saya dapat katakan ialah prestasi saya hanya dalam sekitar 25 hingga 30 peratus.

“Saya tidak boleh tipu diri kerana saya dapat rasakan badan belum dalam momentum cukup baik. Masih banyak lagi saya dan jurulatih perlu buat. Saya akan usaha dengan lebih gigih selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI