fbpx

Arif Aiman akui ‘tamak’ kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN mengesahkan komitmennya bersama JDT apabila menandatangani lanjutan kontrak bersama pasukan itu. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

BINTANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi membuktikan kematangannya untuk tampil lebih baik apabila kekal dengan sikap tidak berpuas hati dengan prestasi sendiri.

Selepas muncul pemain yang mencipta bantuan jaringan terbanyak Liga Super musim ini menerusi 12 umpanan, penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) musim 2021 dan 2022 sentiasa dahagakan aksi lebih baik untuk bantu Harimau Selatan dan skuad kebangsaan.

Walaupun diangkat sebagai watak penting kepada JDT dan Harimau Malaya, pendirian pemain berusia 21 tahun ini sentiasa tidak berpuas hati dengan prestasi semasanya dan mahu terus pamer aksi lebih baik.

“Alhamdulillah saya berbesar hati untuk terus diberi peluang bersama JDT bagi tempoh beberapa tahun lagi. Sejak hari pertama, saya sangat bangga berada di kelab ini.

“Tahun demi tahun saya akan cuba jadi lebih baik. 2023 jadi tahun yang memberikan banyak kenangan yang saya tidak boleh lupakan bersama @officialjohor ini,” katanya.

Kelmarin, JDT yang baharu meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ke 10 berturut-turut mengumumkan lanjutan kontrak Arif Aiman selepas bintang muda itu turut cemerlang menjaringkan 24 gol serta 19 bantuan jaringan di semua pertandingan.

Untuk rekod, Arif Aiman yang menyertai akademi JDT mula melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020 dan aksinya terus konsisten hingga sekarang sekaligus turut menjadi watak penting kepada peningkatan ketara Harimau Malaya.

Arif Aiman juga kini dilihat sebagai calon utama yang untuk dinobatkan MVP 2023 sekaligus bakal cipta hatrik bagi kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).

Selasa ini Arif Aiman akan melaporkan diri dengan skuad kebangsaan yang kini dalam persiapan untuk hadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar, bulan depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI