fbpx

35 pegawai, anggota polis di Kelantan kena tindakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) bercakap pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai 35 pegawai dan anggota polis di Kelantan dikenakan tindakan tatatertib selepas melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesalahan salah laku paling banyak dicatatkan oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dengan sembilan kes diikuti jenayah lapan kes dan penyalahgunaan dadah tiga kes.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan penurunan apabila sebanyak 70 kes kesalahan tatatertib dicatatkan dalam kalangan pegawai dan anggota polis pada tahun lalu.

“Kesalahan melibatkan warga PDRM Kelantan masih terkawal. Kes melibatkan kesalahan narkotik sememangnya dikesan dan dipantau daripada awal terutamanya apabila perubahan tingkah laku anggota.

“Setakat ini, tiada lagi pegawai dan anggota polis di negeri ini yang dikenakan tindakan dibuang kerja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI