fbpx

Perjanjian jalur lebar antara Maxis, TM dilanjutkan hingga tahun 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama Maxis dan TM telah bermula pada tahun 2010.

PETALING JAYA – Maxis telah melanjutkan perjanjiannya dengan TM untuk mengakses perkhidmatan premium Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) TMsehingga tahun 2029. 

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata, melalui lanjutan ini, Maxis akan terus mengakses rangkaian gentian nasional TM untuk menyediakan penawaran jalur lebar tetap yang kompetitif dan perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan.

Menurut beliau, kerjasama ini akan membolehkan Maxis memperluaskan jangkauan ketersambungan internet berkelajuan tingginya kepada lebih banyak premis di seluruh negara, melengkapkan rangkaian gentian binaannya sendiri. 

Maxis kini menyediakan ketersambungan gentian kepada lebih daripada 700,000 kediaman dan perniagaan. Selain akses HSBB yang standard, perkhidmatan premium di bawah kerjasama ini adalah termasuk keperluan tambahan yang akan membantu Maxis memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan serta meningkatkan kecekapan. 

Ini termasuk penyelesaian ketersambungan dan digital sehenti untuk pelanggan perusahaan.

“Sebagai rakan kerjasama premium TM HSBB sejak tempoh yang lama, Maxis dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang dan keupayaan jalur lebar yang disediakan oleh TM, memberikan nilai tambah kepada pelanggan-pelanggannya.

“Kami berbesar hati dapat melanjutkan  kerjasama kami dengan TM untuk terus memacu penerimagunaan jalur lebar untuk negara. 

“Kerjasama ini, bersama dengan rangkaian gentian yang luas dan perniagaan mudah alih teras kami, membolehkan kami untuk menggunakan sumber dengan lebih cekap dan berkesan supaya kami dapat memberi tumpuan yang lebih kepada pengalaman pelanggan.

“Ini adalah selaras dengan strategi syarikat telekomunikasi bersepadu kami untuk memenuhi semua keperluan ketersambungan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, pihaknya adalah rakan kongsi yang ideal untuk memangkin aspirasi jalur lebar pencari akses, pada masa yang sama memajukan cita-cita digital Malaysia. 

Menurut beliau, melalui infrastruktur gentian domestik, TM membuka jalan ke arah era digital yang merangkumi kemampanan, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan komuniti. 

“Dalam landskap industri yang dinamik, TM merupakan rakan kerjasama perkhidmatan HSBB terbesar Maxis. 

“Kerjasama ini bermula pada tahun 2010 apabila Maxis menjadi penyedia telekomunikasi pertama yang menandatangani perjanjian akses HSBB Bersama TM dan kerjasama ini telah kekal berterusan termasuk lanjutan yang terkini,” ujarnya.

Awal tahun ini, TM mengambil langkah strategik ke hadapan dengan mendapatkan akses kepada Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G dan Perkhidmatan Perayauan Domestik 4G dan 2G Maxis untuk meningkatkan sambungan mudah alihnya di seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI