fbpx

[VIDEO] Harimau belang jantan 90kg ‘rebah’ kena ubat pelali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU belang yang berjaya ditangkap Perhilitan Perak di RPT Tanjung Damai dekat Tanjung Rambutan di sini hari ini. - FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Seekor harimau belang jantan berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai di sini awal pagi tadi.

Haiwan pemangsa itu dipercayai harimau sama yang dikesan berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan berkaitan kehadiran haiwan liar dianggarkan berusia empat tahun dengan berat 90 kilogram (kg) itu diterima pihaknya pada pukul 11.30 malam.

“Anggota cuba menghalau harimau belang itu masuk ke perangkap namun gagal sebelum tindakan terpaksa diambil dengan melepaskan tembakan menggunakan ubat pelali.

“Harimau belang yang berjaya ditangkap pada pukul 4.30 pagi itu akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Yusoff berkata, dakwaan tular mengatakan terdapat lima ekor harimau belang dikesan berkeliaran di kawasan sekitar adalah tidak benar.

“Setakat penelitian kami, ada seekor sahaja (harimau belang) berkeliaran di kawasan Ulu Kinta meliputi kem PGA, Kampung Orang Asli Tonggang, RPT Tanjung Damai dan loji air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI