fbpx

Pelajar sekolah ‘sondol’ suami orang dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menyerang kekasih suaminya di atas katil. - Instagram

JAKARTA – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Indonesia diserang seorang wanita kerana menjalinkan hubungan dengan suami orang, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video pergaduhan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pontianakmedia.idn. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat.

“Diserang isteri sah, perampas suami orang yang masih belajar di sekolah menengah di Pontianak,” demikian keterangan video tersebut.

Pelajar perempuan itu dikatakan diserang isteri kepada kekasihnya di kediaman mangsa. Ketika kejadian, dia sedang berbaring di dalam biliknya.

“Awak ada hubungan dengan suami saya kan,” kata wanita itu.

Apabila mendengar soalan itu, pelajar tersebut cuba mengelak tetapi dia terus dipukul berkali-kali oleh wanita berkenaan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pukul suami juga, jangan pukul kekasihnya sahaja,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI