fbpx

Pecco tidak gentar cabaran Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO mengakui Marquez bakal menjadi pencabar, namun mengakui enam lagi pelumba Ducati juga mampu memberikan saingan. - AFP

BOLOGNA, Itali – Juara dunia MotoGP dua kali berturut-turut, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengakui cabaran pada musim depan bukan hanya melibatkan Marc Marquez sahaja, malah semua pelumba yang menunggang jentera Ducati.

Juara dunia MotoGP enam kali itu dilihat mudah menawan jentera Desmosedici sewaktu di Valencia bulan lalu, namun Pecco tidak cemas dengan keadaan tersebut, malah mengakui kehebatan Marquez berikutan kejayaannya sebelum ini.

“Sudah tentu dia (Marquez) menjadi satu lagi pelumba yang saya terpaksa bersaing. Tidak mustahil dia mampu menawan Ducati kerana dia sudah menjalani ujian sebelum ini.

“Marquez mula mengenali karakter jentera tersebut. Ia dapat dilihat sewaktu di Valencia dan dia sangat bagus dan laju, tetapi itulah yang saya harapkan. Dia akan menjadi seorang pelumba yang kuat kerana dia menunggang jentera yang sukar sebelum ini.

“Seorang pelumba seperti dia akan menjadi pencabar utama begitu juga enam pelumba Ducati yang lain. Keadaan perlumbaan pasti berbeza tahun depan,” kata Bagnaia.

Tahun depan, Ducati bakal turun dengan lapan jentera melibatkan Bagnaia dan Enea Bastianini bersama pasukan utama, manakala Pramac Racing kekal menggunakan khidmat Jorge Martin dan pelumba baharu, Franco Morbidelli.

Marquez yang menyertai Gresini akan bergandingan bersama adiknya, Alex sementara VR46 mengekalkan Marco Bezzecchi dan membawa masuk Fabio Di Giannantonio selepas Luca Marini yang menyertai pasukan Repsol Honda tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI