fbpx

Kementerian Perladangan dan Komoditi optimis pertingkat peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

PETALING JAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) optimis untuk mempertingkatkan peluang pekerjaan dalam bidang komoditi.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kementerian itu bukan sahaja berperanan dalam bidang eksport negara, malah peluang pekerjaan juga.

“Bukan sahaja eksport dan penyumbang Keluaran Negara Kasar (GDP), tapi juga peluang pekerjaan.

“Individu dapat bekerja dalam sektor-sektor komoditi ni hampir mencecah 1 juta jadi kementerian ini adalah penting.

“Jadi apa yang perlu dibuat ialah, kita nak tengok bagaimana kita boleh mempertingkatkan perkara (peluang pekerjaan) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kita hadir menjadi tetamu jemputan di program bual bicara di sebuah stesen televisyen tempatan, malam ini.

Terdahulu beliau berkata, masih ramai yang tidak memahami fungsi KPK yang tidak berperanan sebagai kementerian yang bukan ‘revenue generating’ atau bukan menghasilkan pendapatan.

“Ia sebenarnya fasilitator atau pemudah cara kepada aktiviti yang kita tadbir atau seliakan.

“Contohnya konsep kelapa sawit, getah, kayu-kayan dan koko. Lepas tu kita ada lada, kenaf, jadi komoditi ni sebenarnya penghujungnya bukan kementerian yang buat.

“Yang buat adalah ‘private sector’ (sektor swasta). Jadi sektor swasta yang mengembelingkan industri ini menjadi satu industri yang agak besar.

“Contoh kalau kita tengok KPK dan komoditi yang dijaga di bawah portfolio kementerian ni, pada tahun 2022 ia menghasilkan eksport lebih kurang RM200 bilion,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi sumbangan terhadap GDP negara pula, ia mencatatkan lebih kurang lima peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kalau tengok daripada sumbangan GDP negara, ia lebih kurang dalam RM84 bilion ke RM85 billion, lebih kurang lima peratus daripada jumlah GDP.

“Jadi kementerian ni sangat penting untuk kita gembelingkan ia,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI