fbpx

Kematian ibu buat Muhamad kesal, insaf ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad antara 11 banduan di Penjara Reman Pulau Pinang yang dibebaskan menerusi OBB di bawah program PBSL, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Perkhabaran mengenai kematian ibu ketika dia masih menjalani hukuman di Penjara Pulau Pinang antara perkara yang paling dikesali Muhamad, 25, (bukan nama sebenar), yang merupakan Orang Bebas Berlesen (OBB).

Muhamad yang dibebaskan hari ini menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani berkata, dia hanya mendapat khabar mengenai ibunya yang meninggal dunia pada Ogos tahun ini menerusi panggilan video daripada ahli keluarga mereka.

“Saya memang kesal ketika itu, namun tiada apa-apa yang boleh saya lakukan selain redha dengan apa yang berlaku.

“Saya bertekad tidak mahu lagi mengulangi kesalahan lama (kesalahan berkaitan dadah) dan mahu menjaga ayah yang sedang terlantar sakit akibat strok bersama adik selepas ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Kelab Penjara Pulau Pinang di sini, hari ini.

Muhamad antara 11 banduan di penjara berkenaan yang dibebaskan menerusi OBB di bawah program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani hari ini, dan dia dijemput adiknya sebelum pulang ke rumah keluarga mereka di Permatang Pauh.

Muhamad berkata, dia dikenakan hukuman penjara pada Mei tahun ini atas kesalahan berkaitan dadah dan dia sepatutnya dibebaskan dari penjara pada 9 Januari tahun depan.

Namun, katanya, dia bersyukur kerana dapat dibebaskan lebih awal pada hari ini menerusi PBSL malah dia bercadang untuk berkahwin pada tahun depan dengan tunangnya dan akan bekerja di Batu Kawan sebagai pekerja landskap.

Dalam pada itu,Timbalan Penguasa Penjara Pulau Pinang, Awang Azizan Hasbi berkata, sejak Januari hingga Disember tahun ini seramai 149 banduan dibebaskan menerusi program PBSL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI