fbpx

Irwansyah beri amaran buat penggodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRWANSYAH

PELAKON dan penyanyi Irwansyah mengingatkan orang ramai yang menerima mesej pelik daripada nombor telefon mahupun Facebooknya supaya tidak melayani perkara itu.

Hal ini kerana, pihak tidak bertanggungjawab telah menggodam aplikasi dan cuba memperdayakan mangsa yang berada dalam data hubungan komunikasinya.

Peringatan tersebut disampaikan suami kepada aktres Zaskia Sunkar itu dalam Instagram selepas beberapa kenalan bertanya semula permintaan meminjam wang yang diterima mereka menerusi mesej.

“Teman semua, sesiapa yang terima mesej dari nombor telefon lama saya sila sekat terus.

“Jangan terpedaya dengan penggodam licik,” tulisnya.

Irwansyah juga menunjukkan paparan ‘chat’ daripada penipu kepada seorang rakan yang kononnya penyanyi tersebut yang meminta untuk meminjam wang sebanyak RM1,500.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI