fbpx

Dua lelaki angkat Land Cruiser 70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA orang mengangkat Land Cruiser 70 yang diperbuat daripada styrofoam di Jepun, baru-baru ini. - Foto Land Rover Japan

TOKYO  –  Syarikat Toyota dan seorang artis seni Jepun bekerjasama membina sebuah Land Cruiser 70 paling ringan berbanding kenderaan lain bagi meraikan kemasukan semula kenderaan utiliti sukan (SUV) ke pasaran, lapor portal berita Oddity Central.  

Land Cruiser 70 sememangnya berat tetapi kenderaan dihasilkan oleh Masumi Yamaguchi itu paling ringan kerana dua orang mampu mengangkatnya.

Ini kerana kenderaan itu dibuat daripada styrofoam iaitu sejenis plastik ringan dan mudah dibentuk yang kemudian diukir oleh Yamaguchi.

Segala-galanya daripada  badan kenderaan hingga tingkap dan tayar diperbuat daripada styrofoam dan kemudian dicat untuk mencipta ilusi bahawa ia  kenderaan yang sebenar.

Bentuk ikonik hud Land Cruiser 70, lampu depan LED dan juga lambang Toyota telah dihasilkan semula daripada styrofoam sehingga ramai orang akan tersalah anggap model itu ialah  SUV sebenar, sekiranya dilihat dari jauh.

Yamaguchi ialah seorang pengukir styrofoam yang berjaya tetapi Land Cruiser 70 ini pasti merupakan salah satu projeknya yang paling mengagumkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI