fbpx

Dicerai suami, ibu tunggal empat anak terputus bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu tunggal bersama dua anaknya.- Foto Ihsan Irdk Services

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang ibu tunggal apabila dia bukan sahaja diceraikan suami, malah terpaksa menanggung kehidupan empat anaknya secara sendirian.

Lebih menyayat hati, dua daripada empat anaknya itu adalah orang kelainan upaya, tetapi tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada pihak berkaitan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Irdk Services, difahamkan keluarga tersebut menetap di sebuah kampung di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

Jelas Irdk Services, keluarga tersebut kelihatan seolah-olah seperti orang ‘berada’ kerana tinggal di sebuah rumah banglo.

Namun katanya, rumah itu sebenarnya dibina oleh bekas suaminya dan selepas mereka bercerai, wanita itu ditinggalkan terkontang-kanting bersama anak-anak.

“Supaya anak tidak kelaparan beliau mencari rezeki dengan membuat kuih dan anaknya akan menjaja menggunakan basikal di dalam kampung. Tetapi, sekarang musim hujan kuih tidak dapat di jaja menyebabkan tiada langsung pendapatan.

“Wanita ini juga tidak menerima bantuan kerana rumahnya nampak seperti orang berada dan tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan,” tulis Irdk Services.

Mengulas lanjut, hantaran itu berkata, hanya dua orang anak OKU wanita tersebut menerima bantuan persekolahan setakat ini.

Malah kata Irdk Services, bil elektrik rumah wanita itu juga sudah tertunggak hampir tiga bulan.

“Ibu tunggal ini pernah ke Balai Islam (pejabat agama negeri di Lundang, Kota Bharu) untuk memohon bantuan beberapa bulan lalu, namun sehingga sekarang tiada apa-apa perkembangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI