fbpx

DBKL telah berunding, beri pilihan kepada peniaga Pasar Malam AU2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular di media sosial mengenai bantahan para peniaga Pasar Malam AU2 yang terpaksa berpindah tahun hadapan.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan rundingan sejak tahun lepas bersama peniaga Pasar Malam AU2 berikutan isu tapak perniagaan yang bakal dipindah ke lokasi lain, tahun hadapan.

Menurut Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Ismadi Sakirin, pihak DBKL juga telah memberikan pilihan bagi peniaga sama ada untuk berpindah ke tapak lain atau ke tapak yang dicadangkan oleh pihak DBKL.

“Tapak baharu dengan tapak lama sejauh kira-kira 15 minit sahaja. Bagaimanapun, mungkin mereka (peniaga) sudah biasa dengan tapak lama itu.

“Apabila diminta berpindah mereka mengatakan tapak baharu yang dicadangkan oleh DBKL tidak mendapat sambutan dan sebagainya.

“Ada satu tapak yang mereka cadangkan tetapi penduduk sekitarnya pula mempunyai pendapat berbeza,” katanya ketika ditemui wartawan di Menara DBKL 1, di sini hari ini.

Tambah Ismadi, pihak DBKL perlu mengambil kira semua pandangan, sama ada daripada peniaga sendiri dan penduduk setempat supaya tidak ada pihak teraniaya.

“Pihak DBKL telah memberi pilihan kepada peniaga. Selain apa yang sudah dibincangkan sebelum ini, peniga juga diberi pilihan untuk memilih mana-mana tapak pasar malam di sekitar sebagai alternatif.

“Kami juga telah berjumpa dan berunding dengan penganjur, persatuan dan pihak-pihak lain yang bekepentingan tetapi ada segelintir peniaga telah membuat bantahan dan kami ambil perhatian kerana itu merupakan sebahagian daripada proses.

“Sekiranya di kawasan Seksyen 10 Wangsa Maju kurang berpotensi, pihak DBKL akan lihat juga apa yang kita boleh bantu sekiranya mereka boleh berpindah ke sana,” katanya.

Tambah Ismadi, pihaknya juga tidak menafikan tapak Pasar Malam AU2 bakal dipindahkan disebabkan berlakunya pembangunan di kawasan tersebut.

“Sebenarnya, kita pernah mengalami isu sama sebelum ini. Apabila berlakunya aktiviti pembangunan di tapak tersebut, jalan terpaksa ditutup jadi ia menyukarkan kerja-kerja pembangunan di tapak tersebut.

“Kita kena tengok semua pihak, kalau boleh dipindahkan kita pindahkan. Kalau ikut perancangan, peniaga bakal berpindah pada Januari tahun hadapan sekiranya tidak ada sebarang halangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI