fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan keadaan cuaca pada pagi ini cerah di hampir seluruh negeri Semenanjung Malaysia.

Menurut MetMalaysia, hujan hanya dicerap sedang berlaku di satu dua tempat melibatkan negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan juga timur Johor.

“Keadaan ini diramal boleh berlaku sepanjang hari ini. Bagaimanapun, pihak kami meramalkan hujan lebat dan ribut petir berpotensi berlaku di hampir seluruh negeri di semenanjung Malaysia pada petang nanti.

“Bagi negeri di Malaysia timur pula, keadaan cuaca adalah cerah di hampir semua kawasan melibatkan kedua-dua buah negeri terbabit,” katanya.

Tambah MetMalaysia, keadaan sebaliknya iaitu hujan lembap juga berpotensi berlaku di hampir semua kawasan di Sabah serta sekitar barat Sarawak petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI