fbpx

Cekup penculik, dapat kokain 722 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membanteras pengedaran kokain terbesar di Sydney. - Polis New South Wales

CANBERRA – Polis Australia merampas 722 kilogram kokain ketika menggagalkan kegiatan penculikan melibatkan empat suspek lelaki di kota raya Sydney, negeri New South Wales, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Sepasukan polis pada awalnya menerima laporan mengenai kes pecah masuk sebuah unit kediaman di Ryde, sekitar pukul 6.25 pagi (waktu tempatan), Isnin lalu.

Polis kemudian menahan empat suspek lelaki memakai pakaian hitam dan topeng muka yang menaiki sebuah kereta Toyota Yaris di tempat letak kereta unit kediaman tersebut.

Polis turut menemui sebilah linggis berukuran 60 sentimeter, sarung tangan, pisau pemotong daging, pisau berbilah, pemotong kotak, palang lampu dan wayar zip. Barangan itu dikatakan sesuai untuk penculikan.

Selepas mengesan seorang lelaki berusia 24 tahun yang bakal menjadi mangsa penculikan itu, polis kemudian menggeledah apartmennya dan menemui 722 kilogram kokain.

Lelaki 24 tahun itu juga ditahan dan bakal didakwa atas kesalahan membekalkan dadah dalam ‘kuantiti komersial yang besar’ dan dengan sengaja berurusan dalam kegiatan jenayah.

“Tahun ini sahaja, detektif kami menahan 48 orang atas kesalahan penculikan. Melalui operasi lain, kami menggagalkan beberapa jenayah seperti tembakan di tempat awam dan pembunuhan,” kata Detektif Joseph Doueihi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI