fbpx

Bunuh rakan, nelayan dihukum penjara 32 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
San Thein (tengah) dijatuhi hukuman penjara 32 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, tiga tahun lalu. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seorang nelayan warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan bunuh dan cubaan membunuh rakan senegara, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Nai San Thein, 38, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Myanmar di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak lelaki berusia 13 tahun itu menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap pada 6 April 2020.

Mengikut pertuduhan, San Thein didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Myint Soe di atas bot PKFB di sebuah pelantar ikan di Bagan Parit 4, di tepi Sungai Sumun di dalam daerah Bagan Datuk antara pukul 11 hingga 11.45 pagi pada 6 April 2020.

Tertuduh yang telah berkahwin itu turut didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan suatu cubaan membunuh terhadap San Thein pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Terdahulu, peguam Ranjit Singh yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang minimum mengambil kira pengakuan lelaki itu telah menjimatkan masa dan kos mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI