fbpx

Banjir gelombang kedua: Jumlah mangsa di Pasir Mas terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suri rumah yang berlindung di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Pasir Mas menurun kepada 3,162 orang berbanding 3,230 pada pagi tadi susulan cuaca cerah dan baik di kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan sebanyak 68 mangsa yang berlindung di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 990 buah keluarga.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 901 orang diikuti, Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial (507), SK Gual Periok (501), SK Sri Kiambang (421) dan PPS Masjid Mukim Padang (258).

“Selain itu, Madrasah Tasek Bakong menjadi tempat berlindung kepada 194 mangsa, SK Gual Tinggi (174), SMK Gual Periok (119), SK Kedai Tanjong (81) dan Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (74),” katanya.

Menurut kenyataan itu, dua buah PPS di Pasir Mas iaitu SK Sri Rantau Panjang 2 dan SK Lati ditutup sepenuhnya semalam.

Katanya, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI