fbpx

Anak pendakwah terima hantaran lebih 1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QURROTU (kiri) berkahwin dengan Muhammad di Tasikmalaya, baru-baru ini. - Foto TikTok

JAKARTA  – Seorang pengantin perempuan mendapat hantaran daripada pasangannya dengan nilai keseluruhan  lebih 1 bilion rupiah (RM300,000) di Tasikmalaya, Jawa Indonesia, lapor portal berita Jawa Pos.com hari ini.

Pengantin wanita dikenali sebagai Ning Qu atau nama sebenarnya, Qurrotu Aini Rahman itu merupakan anak sulung kepada pendakwah terkenal, Syekh Akbar Muhammad Fathurahman. 

Dia yang berkahwin dengan seorang pemuda, Muhammad Faisal Ramadhan mendapat wang tunai sebanyak 500 juta rupiah (RM150,186) bersama 500 gram emas,  dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion rupiah baru-baru ini. 

Sebelum melangsungkan akad nikah di Masjid Besar Al Fattah, Tasikmalaya, Muhammad Faisal datang dengan menaiki seekor kuda tinggi lagi besar.

Berita pernikahan itu mendapat komen netizen dengan ada menyatakan rasa kagum dengan nilai hantaran tersebut.

“Emas 500 gram, wang 500 juta. Mudah-mudahan rezekinya bertambah,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI