fbpx

Amaran ribut petir di Perak, Pulau Pinang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di dua buah negeri di Semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, antara negeri yang dikeluarkan amaran ribut petir ialah Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) dan Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama).

“Selain itu, amaran tersebut turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan.

“Bagi Sabah pula, antara kawasan yang Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya.

Tambah MetMalaysia, pada ketika ini, luruan monsun masih lagi bergerak memasuki rantau negara dengan berkelajuan kencang boleh mencapai 60 kilometer per jam (kmsj) sekaligus boleh menyebabkan ombak mencecah sehingga 4.5 meter (m).

Oleh itu, jabatan tersebut masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kategori kedua sehingga 25 Disember 2023.

“Dalam tempoh amaran ini berkuat kuasa, keadaan pengairan adalah bahaya untuk semua aktiviti perkapalan dan pengairan termasuklah menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, sukan serta rekreasi laut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI