fbpx

116 kes jenayah seksual bawah umur dilaporkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada wakil masyarakat pada Majlis Penutup Program Pocket Talk Ketua Polis Kelantan 2023, di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kes jenayah seksual rogol, liwat dan cabul melibatkan remaja bawah umur dilaporkan di Kelantan meningkat kepada 116 kes sepanjang tahun ini berbanding 91 kes direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan statistik sehingga 17 Disember lalu, kesemua mangsa yang terlibat berusia 16 tahun ke bawah termasuk pelajar dan bukan pelajar.

Menurutnya, daripada jumlah itu, ia melibatkan seramai 72 pelajar dan 44 orang bukan pelajar.

“Statistik tahun lalu pula, seramai 70 pelajar dan 21 orang bukan pelajar menjadi mangsa kes jenayah seksual di negeri ini.

“Bagi kes yang disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi mangsa berusia 18 tahun ke bawah, sebanyak 66 kes dilaporkan pada tahun ini manakala 52 kes tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Pocket Talk Ketua Polis Kelantan 2023, ‘Gejala Sosial Remaja : Caknakah Kita’ di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, semua suspek yang terlibat dalam kes berkenaan merupakan individu berusia 19 tahun ke bawah termasuk pelajar dan bukan pelajar.

Menurutnya, berdasarkan statistik, pelajar yang ditahan kerana terlibat dengan pelbagai kes jenayah adalah seramai 61 orang bagi tempoh Januari hingga November tahun ini dan sepanjang tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI