fbpx

Walaupun garis merah kit ‘samar’, tetap positif – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dikongsi KKM di aplikasi X.

PETALING JAYA – Orang ramai yang melakukan ujian Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri diingatkan supaya memerhati dengan baik garis yang ada pada alat tersebut.

Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun garis merah pada kit itu hanya samar-samar tetapi itu sudah cukup menandakan seseorang itu positif Covid-19.

Mengesahkan lagi perkara itu, KKM menerusi aplikasi X, telah membalas pertanyaan seorang pengguna dikenali sebagai @ilyraptors yang bertanyakan status penyakit itu selepas berkongsi gambar kit ujian kendiri yang telah dilakukannya.

Berdasarkan gambar itu, hanya satu garis merah yang terang, manakala satu lagi garis hanya samar-samar.

“Positif dik,” balas admin KKM pada gambar yang dikongsi pengguna X tersebut.

Pada hantaran sama, KKM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka.

Susulan perkongsian itu, ada pengguna X bertanya apa yang perlu dilakukan bagi individu yang positif.

“Kalau positif, kena terus pergi KK (klinik kesihatan) ke? Atau lepak rumah ja?,” tanya @MuhdHafis_J.

Bagaimanapun, pengguna lain memberitahu bahawa sekiranya positif, individu itu perlu melaporkan status mereka dalam MySejahtera dan perlu kuarantin kendiri di rumah.

Selain itu, ada juga pengguna X memberitahu kit ujian itu kini susah didapati di kedai.

“Banyak dah kedai habis stok benda ni. Siapalah yang borong. Ke simpan nak naik harga?,” soal @sayasoleh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI