fbpx

[VIDEO] Seorang maut pokok tumbang di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan penyelamat sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selepas berjaya mengeluarkan pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Avanza yang dipercayai maut akibat pokok tumbang.

AMPANG – Seorang maut, manakala penunggang motosikal cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lembah Jaya Utara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya mengesahkan terdapat kematian dalam kejadian bencana tersebut.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia. Kerja-kerja menyelamat serta siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian ini sebentar lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.51 petang.

Katanya, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Avanza dan motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan, dua individu cedera dalam kejadian ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI