fbpx

Tunang pun dah haram, inikan pula isteri orang – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki terutamanya orang Islam menganggu atau mengurat isteri orang lain adalah haram dan berdosa besar.

Menjelaskan perkara itu, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan sedemikian boleh mengundang kemurkaan Allah dan neraka tempatnya bagi golongan seperti itu.

Malah katanya, dalam Islam ada menyebut bahawa menganggu atau mengurat tunang orang sudah kira haram dan berdosa besar, apatah lagi isteri orang.

“Kalau berkomunikasi tu lain, contohnya apabila kita beritahu bini (isteri) orang supaya mengalihkan kereta. Itu lain (bukan dikira mengurat), bini sesiapa pun kita boleh tanya.

“Mengurat ni lain, iaitu menganggu atau menggoda bini orang, hukumnya haram dan berdosa besar. Kita suka tak orang lain ganggu bini kita? Kalau ‘mengurat’ anak dara tu lain, sebab kita mengajak dia untuk berkahwin,” katanya pada satu sesi kuliah, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, perkara seperti ini (mengurat isteri orang) paling tidak disukai oleh orang beriman.

“Orang beriman ini dia benci kemungkaran, manakala orang munafik, mereka suka kemungkaran.

“Titik tolaknya, terpulang pada kita nak berada dalam golongan mana, golongan ahli neraka atau ahli syurga,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI