fbpx

Tiada laporan harga barang naik semasa banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima sempena Program Malam Apresiasi GPD Gua Musang di Taman Etnobotani di Gua Musang semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga barangan oleh pengguna sepanjang banjir gelombang kedua ketika ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, sepanjang tempoh 48 jam operasi bersepadu bersama 14 agensi di seluruh negeri pada 12 Disember lalu, pihaknya tidak menerima aduan berkait perkara tersebut.

“Melalui operasi itu, kita berjaya mematahkan aktiviti berkait dengan ketirisan subsidi seperti minyak diesel.

“Bagaimanapun, kita sentisa membuat pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan tidak menaikan harga sesuka hati yang boleh memberikan kesan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas Program Malam Apresiasi Gerakan Pengguna Daerah (GPD) Gua Musang di Taman Etnobotani di sini semalam.

Azman memberitahu, sebanyak 30 peratus kuota barangan runcit diberikan kepada 163 pemborong dan pemborong utama sepanjang musim tengkujuh bermula November sehingga Mac tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, sepanjang 1 Mac hingga 17 Disember lalu, pihaknya berjaya merampas pelbagai aset yang digunakan untuk tujuan penyeludupan selain bahan api diesel sebanyak RM1.5 juta menerusi Op Tiris yang dilaksanakan di seluruh negeri.

“Rampasan itu dilakukan menerusi 89 kes yang telah direkodkan sepanjang tempoh tersebut melibatkan 2,779 pemeriksaan. Menurusi operasi itu, kita berjaya merampas 84,172 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM173,374,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI