fbpx

Terengganu sasar 4.5 juta pelancong pada tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 250 peserta IMCT di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Terengganu menyasar kehadiran pelancong seramai 4.5 juta pada tahun hadapan.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, ia peningkatan satu juta berbanding kira-kira 3.5 juta yang telah mengunjungi negeri ini pada tahun ini.

“Tasik Kenyir bukan sahaja telah diiktiraf Taman Geopark Kebangsaan kesembilan baru-baru ini malah ia antara destinasi pelancongan Terengganu yang boleh dilawati sepanjang tahun termasuk pada musim tengkujuh,” katanya di Tasik Kenyir di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutup pertandingan Memancing Monson Antarabangsa (IMCT) yang disertai 250 peserta tempatan dan antarabangsa.

Razali berkata, kerajaan negeri Terengganu telah merangka promosi agresif bagi menarik pelancong bagi mencapai sasaran 4.5 juta terbabit termasuk penyertaan dalam pameran jelajah ke luar negara dengan kerjasama agensi kerajaan dan pihak swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI