fbpx

Terengganu, Pahang antara negeri diramal ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Perlis dan Kedah yang melibatkan kawasan Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu antara lokasi amaran ribut petir dikeluarkan.

“Selain itu, ribut petir turut diramal berlaku di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian),” jelasnya.

Amaran tersebut turut dikeluarkan bagi negeri pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu membabitkan Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera).

“Bagi timur Malaysia, Sarawak pula, antara kawasan yang diramal dengan cuaca buruk itu ialah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ini diramal akan berkuat kuasa sehingga pukul 9 malam ini,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran sebegini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI