PETALING JAYA – Pengguna jalan raya dikejutkan dengan insiden tayar monorel terbakar sebelum terjatuh berdekatan Stesen Monorel Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya terima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12:57 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan itu, pihaknya menghantar lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan sebuah jentera ke lokasi berkenaan.
“Setibanya anggota di lokasi tersebut, pihak kami mendapati berlaku kebakaran melibatkan tayar monorel yang telah jatuh ke atas jalan raya.
“Kebakaran itu berjaya dipadamkan. Tiada mangsa yang cedera. Setakat ini punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE