fbpx

Stok mercun hari Krismas, Tahun Baharu Cina bernilai RM83,550 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIZ MUKHLIZ (tengah) menunjukkan rampasan mercun tanpa permit bernilai RM83,550 yang dirampas dari sebuah premis kilang di Bakri, Muar.

MUAR – Kegiatan seorang lelaki berusia 40-an menjadi dalang penjualan mercun tanpa permit bernilai RM83,550 tumpas apabila pihak polis berjaya membuat serbuan di sebuah premis kilang di Bakri di sini, minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejayaan tangkapan dan rampasan mercun kira-kira pukul 4.30 petang pada 12 Disember lalu itu adalah hasil maklumat dan risikan sepasukan anggota Pejabat Daerah (IPD) Muar.

“Hasil serbuan pihak kami merampas sebanyak 149 kotak mercun pelbagai jenis anggaran bernilai RM83,550. Suspek dipercayai membeli dan menyimpan stok mercun ini untuk dijual semula tanpa permit yang sah,” katanya pada sidang akhbar di IPD Muar hari ini.

Mengulas lanjut, Raiz Mukhliz berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan menyimpan mercun ini dipercayai untuk pasaran tempatan sempena perayaan Krismas dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Tambahnya, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan yang juga tidak mempunyai pekerjaan tetap menjalankan kegiatan ini sejak dua minggu lalu.

Suspek ditahan atas kesalahan terlibat dalam menyimpan mercun tanpa permit yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan (ABL) 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI