PETALING JAYA – AMMB Holdings Berhad mengumumkan pelantikan terbaharu dalam pengurusan kanannya iaitu Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO)nya .
Menurut makluman kumpulan kepada Bursa Malaysia hari ini, Shafiq, 46, memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang kewangan dalam beberapa syarikat korporat sebelum ini.
Beliau adalah akauntan bertauliah daripada Institut Perakaunan Malaysia dan akauntan bertauliah (felow) daripada Chartered Accountants di Australia dan New Zealand.
Sebelum memegang jawatan penting, Shafiq bertugas sebagai CFO Kumpulan di Astro Malaysia Holdings Berhad, pernah bekerja sebagai Pengawal Kewangan dan juga Ketua Pegawai Kewangan sehingga Januari 2017 selain pernah berkhidmat sebagai Pengurus kepada Pengarah Eksekutif di Pricewaterhouse (Kuala Lumpur dan London). -KOSMO! ONLINE