fbpx

Pemuda bantu kemalangan pengantin baharu, meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki yang parah ketika membantu kemalangan melibatkan pasangan pengantin baharu di Kilometer 53 Jalan Klang – Teluk Intan sebelum ini, dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Pemuda dikenali Mohd. Azizi Faez Mohamad Alias, 33, itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.22 petang selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati semasa kejadian lelaki itu memandu dari arah Teluk Intan menghala Klang.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian telah melihat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan pengantin baharu dalam keadaan terbalik kerana terlibat kemalangan.

“Lelaki itu cuba untuk bantu, namun tiba-tiba mangsa dan kereta telah dilanggar kereta jenis Nissan Almera. Akibatnya, lelaki itu tercampak ke atas jalan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan usia perkahwinan sepasang suami isteri hanya bertahan sehari selepas seorang daripadanya maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bernam, Tanjong Karang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Allahyarham Norsyam Nassullah Rahim, 23, maut, manakala isterinya Aini
Hayati Mohd. Radzi, 22, patah kaki kiri, manakala enam lagi mangsa cedera dan seorang lagi parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI