fbpx

Pemandu trak pikap dicari bantu siasatan kemalangan maut penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda yang sedang dikesan bagi membantu siasatan kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 7.30 malam.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 46 tahun bersama wanita berusia 45 tahun ketika menghala ke Pandan Indah.

“Sampai sahaja di lokasi, mangsa didapati terlibat dengan kemalangan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, pembonceng motosikal yang juga isteri mangsa kini berada di zon merah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Kes diklasifiasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut Sarifudin, pihaknya memohon agar pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berada di lokasi kejadian diminta tampil ke JSPT Kuala Lumpur di Jalan Tun. H.S.Lee bagi membantu siasatan berhubung dengan kejadian itu.

“Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Wan Mohd Salehuddin Fitri Wan Hassan di talian 019-3970048 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI