fbpx

Pelakon Isma Aliff ditidurkan, adik mohon doa ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON senior Isma Aliff kini sedang kritikal dan ditidurkan di sebuah pusat kesihatan di ibu negara.

PETALING JAYA – Dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru, artis senior serba boleh era 1980-an, Isma Aliff, 59, kini sedang kritikal dan ditidurkan di Hospital Ampang.

Menurut adiknya, Shamsidah Ismail, 57, tahap kesihatan abangnya merosot apabila secara tiba-tiba diserang sakit kepala selain mengalami kebas seluruh badan.

“Along (Isma) mengadu sakit kepala serta berasa kebas pada bahagian tangan dan kakinya.

“Saya bergegas hantar dia ke hospital dan dia ditahan di wad sebelum hari ini ditidurkan.

“Ini adaah kali pertama perkara sebegini terjadi kepadanya, memang ada dia mengadu lenguh-lenguh tetapi tak sangka sampai macam ini sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Shamsidah menzahirkan rasa syukur kerana doktor memaklumkan abangnya yang cukup dikenali menerusi filem Marah Marah Sayang itu sudah tidak lagi bergantung kepada bantuan oksigen.

“Tadi doktor baru sahaja maklumkan kepada kami bahawa Along dah tak perlu oksigen.

“Setakat ini dia kuat untuk bernafas sendiri dan doktor mahu memantau dulu perkembangannya nanti.

“Malam tadi, tahap oksigennya menurun dan doktor terus tidurkan kerana jantung bengkak serta paru-paru pula ada kuman disebabkan jangkitan selepas diserang strok.

“Tetapi apabila doktor maklumkan dah tak pakai oksigen, saya lega,” katanya.

Sementara itu, Shamsidah juga turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat abang kesayangannya itu.

“Apa-apa nanti saya kemas kini balik, buat masa sekarang, mohon doakan Along supaya kuat dan kembali sembuh seperti sedia kala.

“Minta selitkan nama abang saya dalam doa anda semua ketika solat, moga dia boleh kembali mengukir senyuman,” ujarnya menutup bicara. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI