fbpx

Pekerja zoo maut diserang badak air lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badak air tersebut terlepas dari kurungan lalu menyerang Suraj. – Getty Images

NEW DELHI – Seorang pekerja sebuah zoo di India maut selepas diserang seekor badak air ketika dia masuk ke dalam kandang haiwan itu untuk membersihkannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku di Zoo Lucknow, negeri Uttar Pradesh, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Suraj, 40, masuk ke kandang mamalia itu bersama seorang rakan sekerja, Raju.

Badak air itu dikatakan sepatutnya dikurung di dalam kandang semasa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual dijalankan, namun ia secara tiba-tiba lolos lalu menyerang mangsa.

Suraj mati di tempat kejadian, manakala Raju mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.

Pengarah Zoo Lucknow, Aditi Sharma berkata, badak air tersebut segera dikurung selepas insiden itu, manakala pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Seorang kakitangan zoo yang enggan dikenali berkata, kandang badak air tersebut mungkin tidak ditutup dengan betul ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kejadian itu berlaku ketika zoo tersebut ditutup kepada pengunjung. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI