PETALING JAYA – Negaraku dinilai sebagai lagu negara berdurasi ke lima terpanjang di Asia Tenggara, menurut kajian Seaasia Statistik.
Jelas statistik tersebut, lagu negara Malaysia itu mempunyai durasi seminit 24 saat sekaligus meletakkan lagu kebangsaan itu berada di tangga ke lima keseluruhan.
Berada di tangga pertama adalah lagu kebangsaan Timur-Leste yang diberi nama Patria yang berdurasi dua minit sembilan saat.
“Sementara yang berada ditangga kedua dalam kalangan negara Asia Tenggara adalah lagu kebangsaan dari Indonesia, yang berjudul Indonesia Raya yang berdurasi seminit 43 saat.
“Di tangga ke tiga Asia Tenggara pula adalah Nokor Reach iaitu lagu kebangsaan Kemboja yang berdurasi sepanjang seminit 30 saat,” jelas statistik tersebut.
Dalam pada itu, berada pada tangga terbawah daripada 11 negara Asia Tenggara adalah lagu kebangsaan dari Thailand iaitu Phleng Chat yang hanya mencatatkan durasi sepanjang 44 saat. – KOSMO! ONLINE.